26/07/2012
Industri maritim (baca: perkapalan) memang luas peluangnya. Bagi anak muda yang sukakan cabaran, dan berhajat melihat dunia, ini adalah peluang yang tidak wajar dilepaskan.
Bagi mereka yang memiliki kelayakan akademik yang baik, bolehlah melanjutkan pelajaran dalam bidang sains nautika atau kejuruteraan marin untuk menjadi seorang pegawai dan jurutera di kapal. Namun demikian, bagi mereka yang kurang berjaya dalam prestasi akademik, masih lagi ada jalan lain untuk turut sama mejelajahi samudera yang terbentang luas dan penuh keterujaan itu.
Caranya adalah dengan menjadi kelasi kapal. Kelasi kapal adalah anak kapal melakukan pelbagai tugas dalam membantu pegawai dan jurutera. Tugas-tugas mereka bergantung di bahagian mana mereka bekerja di kapal. Biasanya, bahagian pekerjaan di kapal dibahagikan kepada 3 iaitu bahagian dek/navigasi, enjin dan sajian.
Dek – membantu tugas navigasi di anjungan, penyelenggaraan dek dan struktur kapal (menyerpih dan mengecat), mengendali kren, tugas menambat dan bersauh, operasi kargo dan lain-lain
Enjin – membantu jurutera dalam pengawasan bilik enjin, penyelenggaraan enjin utama, generator, mesin dan peralatan, kebersihan bilik enjin dan lain-lain
Sajian – sebagai tukang masak atau pembantu tukang masak, kebersihan kediaman dan lain-lain
Selain itu, keperluan terbaru dalam Kod STCW akan mewujudkan jawatan kelasi juruelektrik yang tugasnya membantu jurutera elektrik dalam tugas-tugas berkaitan elektrik dan elektronik.
Jadi, apakah langkah pertama anda untuk menjadi seorang kelasi?
1. Memilik Kad Pelaut dan Buku Perkhidmatan Pelaut.
Permohonan Kad Pelaut hendaklah dibuat di Jabatan Laut Malaysia. Pergi ke mana-mana pejabat laut yang mempunyai kemudahan sistem SDPX, dan kad pelaut dapat dibuat. Kad Pelaut merupakan satu dokumen pengenalan diri sebagai pelaut dan menyimpan data-data peribadi seseorang pelaut.
Dokumen yang diperlukan untuk memohon kad ini adalah salinan kad pengenalan, gambar berukuran passport dan laporan pemeriksaan perubatan.
Buku perkhidmatan pelaut pula merupakan satu rekod bagi menyimpan segala maklumat berkaitan pengalaman kerja seseorang pelaut.
Ringkasan
Kad Pelaut – RM50+Salinan Kad Pengenalan+Gambar+LaporanPemeriksaan Perubatan
Buku Perkhidmatan Laut – RM30
Laporan Pemeriksaan Perubatan – RM120 hingga RM200. Perlu dibuat di klinik-klinik yang diiktiraf oleh Jabatan Laut.
2. Kursus Asas Keselamatan /Basic Safety Training (BST)
Kursus ini adalah kursus wajib yang perlu dijalankan sebelum boleh mula bekerja di kapal. Kursus ini berlangsung selama 5 hari yang merangkumi latihan-latihan ikhtiar hidup di air, asas pertolongan cemas, mencegah dan melawan kebakaran serta tanggungjawab keselamatan.
Sijil kursus ini hanya dikeluarkan oleh Jabatan Laut. Kursus ini boleh diikuti di mana-mana pusat latihan maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia.
Selepas memiliki perkara-perkara wajib tadi iaitu; Kad Pelaut, Buku Perkhidmatan Pelaut dan Sijil BST, barulah seseorang boleh memulakan kerjaya sebagai kelasi kapal. Bagi merka yang berhajat belayar di atas kapal tangki (tanker ship), mereka juga perlu memiliki Sijil Latihan Kapal Tangki yang dipanggil Tanker Familiarization.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengutarakan satu permasalahan berkaitan usaha menjadi kelasi di kalangan anak muda sekarang. Anak muda yang bersungguh-sungguh menjadi kelasi kapal, apabila ditawarkan untuk mengikuti kursus berkaitan akan rasa sungguh teruja. Mereka ditawarkan kursus asas keselamatan (BST dan Tanker Familiarization) dengan harga yang agak murah dan dijanjikan pekerjaan setelah tamat kursus. Tidak dinafikan ada yang berjaya melaluinya, namun ramai juga yang terkandas kerana kursus yang dijalani (BST dan Tanker Familiarization) hanyalah merupakan latihan asas keselamatan sahaja.
Kursus yang paling utama adalah latihan kemahiran sebagai kelasi kapal. Tidak dinafikan bahawa kos bagi kursus-kursus kemahiran sebagai kelasi kapal adalah agak mahal, tetapi latihan asas keselamatan sahaja tidak mencukupi. Latihan kemahiran sebagai kelasi kapal amat penting kerana latihan sedemikian akan melatih bakal-bakal pelaut dengan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas yang akan dilaksanakan, bukannya hanya memiliki latihan asas keselamatan dan seterusnya berhajat belajar berkenaan kemahiran di atas kapal nanti.
Oleh itu, saya mencadangkan agar bakal-bakal pelaut baru hendaklah memiliki latihan kemahiran yang berkaitan terlebih dahulu supaya lebih mudah mendapat perkejaan nanti.
Berbalik kepada topik asal, disenaraikan Pusat-Pusat Latihan yang menawarkan Kursus Kemahiran Asas sebagai kelasi kapal.
Akademi Laut Malaysia
Able Seafarers Deck
Able Seafarers Engine
Able Seafarers Catering
Ranaco Education & Marine Service
Deck Rating
Engine Rating
General Purpose
Marine Mechanic
Pelita Maslaut
Efficiency in Deckhand Course
Efficiency in Marine Engineering
Certificate in Marine Rating – Navigational
Certificate in Marine Rating – Marine Engineering
Institut Kemahiran MARA
Sijil Kejuruteraan Maritim
Sijil Teknologi Maritim
Nadi Mahir
Seafarers Deck Rating Course
Seafarers Stewarding Course
Bagi kursus-kursus latihan asas keselamatan pula, hampir kesemua pusat-pusat latihan maritim yang diiktiraf oleh Jabatan laut menawarkan kursus berkenaan (BST dan Tanker Familiarization)
Sebagai rumusan, dirangkumkan keperluan asas yang dicadangkan untuk memulakan kerjaya sebagai kelasi kapal.
Kad PelautBuku Perkhidmatan PelautBasic Safety TrainingKursus Asas Kemahiran KelasiTanker Familiarization (Untuk berkhidmat di atas kapal tangki)Asas bahasa Inggeris (Untuk peluang berkhidmat di kapal asing)
Dengan memiliki keperluan ini, bakal-bakal pelaut bolehlah memohon untuk jawatan berikut;Dek – Ordinary Seaman (OS) atau General Purpose Deck (GP Deck)
Enjin – Junior Rating (JR) atau General Purpose Engine (GP Engine)
Sajian – Steward
Selamat berjaya sebagai kelasi kapal. Kerjalah bersungguh-sungguh kerana peluang untuk peningkatan kerjaya masih lagi terbentang luas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebuku pelaut kad pelaut saya dah ada.medical klinik pon dah ada
Deletebagaimana nak jadi kelasi bahagian sajian msakn..?
ReplyDeletekene belajar tebar roti canai dulu
Deletelawaknyaaaaaaaa hm
DeleteBagaimana cara untuk bekerja sebagai Kelasi bahagian Sajian Masakan?
DeleteSaya tertanya2 juga.
Macam mana nak menjadi pegawai kapal persiaran
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletenabil awak bleh bantu untuk kerja kapal persiaran
Deleteperempuan bole join x? sy nak jadi macam ni.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTrimakasih info y sgt membantu
ReplyDeleteOrdeinary seaman starting salary around how much?
ReplyDeleteIf working at foreign ship , their requirement will be the same, as required BST & Tanker, only?
OS usually 3k...
Deletebagaimna nak apply course untk teknologi marin ataupun sbg kelasi kapal?
ReplyDeleteboleh tahu brape kos utk latihan kemahiran kelasi? - shamir -
ReplyDeletesalam. sy seorng anggota penguatkuasan maritim. sy nk tukar bidang kapal yg lebih besar seperti kapal kargo. Kad pelaut and BST sy dah ada. syarikat perkapalan mana yg boleh suggest kat saya?? (cuba nasib)
ReplyDeleteSaya ada BST. kalau nak apply cook bagaimana bang?
ReplyDeletesaya amat meminati perkejaan ini?bagaimana untuk mendapat perkejaan ini
ReplyDeletePegi buat medical card di klinik yg terpilih oleh jabatan laut + seaman card + discharge book..
DeleteSeaman card n discharge book buat kt jbtn laut.
Pastu cri list company di malaysia, trus pegi walk in intrvw. Nti klu dia bermnt nk ambl awk keje, dia akn ckp further course yg awk kn buat. Then bru la pegi buat.
Klu nk jimat, mntk company byrkn dl, then ptg gaji.
Its worth to try. Action speaks louder than talking:)
Sy ada sijil skm pstri thap 2..nk ambil bidang cook .boleh ke apply? Sila terangkan dgn lebih lnjut
ReplyDeletecook so far, never met any girls...no hard feeling:)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya sudah ad sijil skm kulinari tahap 2 sekarang.. Dan sy ambk ni mmg utk apply bhg masakan di perkapalan. So ap tindakan yg harus sy buat sekarang ??
ReplyDeleteSaya sudah ad sijil skm kulinari tahap 2 sekarang.. Dan sy ambk ni mmg utk apply bhg masakan di perkapalan. So ap tindakan yg harus sy buat sekarang ??
ReplyDeletesaya dh ada bst,tanker,ssa cmna nk mntk kja
ReplyDeleteCara Untuk Memohon perkapalan dalam bidang Masakan Pastry & Bakery ada ke?
ReplyDeleteCara permohonan?
ReplyDeleteAssalam saya nk tanya mcm mana nk buat buku perkhidmatan pelaut dan kad pelaut?? Saya kurang faham.
ReplyDeleteSalam. Nak tanya ni. Saya ada sijil pemasangan paip dan gas. Kelulusan skm. Lamgkah seterusnya saya nk minta kerja kelasali kapal ni. Mcm mana? Tambah safetycouse ke? Boleh sapa2 bantu cara nya?
ReplyDeleteSalam...sy dah ada bst dan boset..tp cmpny yg sy apply mnta sy buat dsd dan ssa...sy nk tnye..apa itu ssa?blh bg pjelasan..
ReplyDeleteSalam...sy dah ada bst dan boset..tp cmpny yg sy apply mnta sy buat dsd dan ssa...sy nk tnye..apa itu ssa?blh bg pjelasan..
ReplyDeleteSalam...sy dah ad buku pelaut,kad pelaut dan telah lakukan medical checkout..jadi sy ingin bertnya langkah seterusnya untk mnjdi seorang kelasi kapal??
ReplyDeleteSalam...sy dah ad buku pelaut,kad pelaut dan telah lakukan medical checkout..jadi sy ingin bertnya langkah seterusnya untk mnjdi seorang kelasi kapal??
ReplyDeleteSalam...sy dah ad buku pelaut,kad pelaut dan telah lakukan medical checkout..jadi sy ingin bertnya langkah seterusnya untk mnjdi seorang kelasi kapal??
ReplyDeleteSalam...sy dah ad buku pelaut,kad pelaut dan telah lakukan medical checkout..jadi sy ingin bertnya langkah seterusnya untk mnjdi seorang kelasi kapal??
ReplyDeleteAs salam.. admin,mohon bertanya.
ReplyDeleteSaya ada diploma dalam bidang safety.(Occupational Safety and Health)
Adakah bidang ini berkaitan/melayakkan saya suntuk bekerja sebagai kelasi kapal??
Cth ; Os,Gp dek,Jr,dan Gp engine.......
Syarat minimum utk jd kelasi mesti ada basic training... Klau nak jd officer minimum diploma + coc.. Utk dptkan coc kne dptkan seatime setahun dan belayar dgn kapal minimum 3000kwat
DeleteSyarat minimum utk jd kelasi mesti ada basic training... Klau nak jd officer minimum diploma + coc.. Utk dptkan coc kne dptkan seatime setahun dan belayar dgn kapal minimum 3000kwat
Deletesemua dokumen dah lengkap pastikan cable mau cekang.
ReplyDeletebest ke keje kapal ni ????
ReplyDeletebest ke keje kapal ni ????
ReplyDeleteBest doo
DeleteBest doo
DeleteMcm mn cara nk mendapatkan sijil klu da umur 25..
ReplyDeleteNasic requirement utk jd officer diploma in marine engineering..
DeleteMcm mn cara nk mendapatkan sijil klu da umur 25..
ReplyDeleteApa tu ssa dan dsd
ReplyDeleteDSD - Designated Security Duties
DeleteSSA - ship security awareness
Klu dh amik kos kt ALAM melaka 6 bln as kelasi injin tu adakah kita boleh terus dpt keje n stat gaji brape n waktu kerja n cuti macam mne..harap jawap semua soalan,,tq admin
ReplyDeleteUmur sya 37 thn blh dpt kje tak?
ReplyDeleteIf i tak de akademik how to apply this job...sy berminat dengan kerjaya ini ... Pmr tk de spm tk de ...boleh ke ambik peluang ini...sila jelaskan dengan saya...
ReplyDeleteSaya juga sangat berminat dlm bidang perkapalan tapi kurang dalam akademik macam mana mahu mohon kursus INI Tampa syarat akademik Yang ketat.
DeleteSaya berminat untuk bekerja di bahagian dek..saya sudah ada kad pelaut dan buku pelaut
ReplyDelete0184742378
Saya salah seorg bekas anggota pasukan khas tudm...kemahiran search n rescue in team elite..sy telah berhnti dlm perkhidmatan tudm..bagaimana dan ape peluang yg blh sy ceburi dlm bidang perkapalan..
ReplyDeleteNk tanya berapa duit khusus kapal ni
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan nabil.maaf saya nak tanya berapa kos keseluruhan untul dapat sijil 2 seperti tuan nabil cadangkan itu.dan dimana tempat kursus.mengambil masa berapa lama.beri jawapan segera.atau hubunhi saya di 0132067650
ReplyDeletekenapa Polaris Maritime Training Academy tidak tersenarai dlm tempat yg menawarkan kursus utk bekerja di atas kapal,POLARIS tersangat la jimat jika nak dibandingkan dan mempunyai keseluruhan sijil basic dalam satu Course
ReplyDeletesaya berminat.. d mana mahu kursus..
ReplyDeletesaya berminat... mmcm mana mahu kursus
ReplyDeletesaya berminat... mmcm mana mahu kursus
ReplyDeleteterima kasih info
ReplyDeleteJadi AB dlu..
ReplyDeleteBagaimana nak kerja kapal tapi ada sijil pmr sahaja?
ReplyDelete